Mica: Apoptosis Walkthrough (Demo) | Part 1 | Prologue

Ni walkthrough untuk rpg horror game yang baru jugak lah keluar. Nama game ni Mica: Apoptosis. Game ni belum full release lagi. Ni walkthrough untuk demo dia je which is sampai chapter 3. Bila chapter lain2 dah release pulak nanti maybe saya akan sambung jelah walkthrough ni. Tapi buat masa sekarang sampai chapter yang dah release sahaja. So tanpa melengahkan masa lagi, jom start main Mica: Apoptosis! xD Oh by the way, sepanjang saya dah main game ni, pendapat saya lah kan, game ni best. Serious best hahaha ni mula lah tak sabar nak tunggu full game release pulak. Full game dia ada 8 chapter so memang lama lagi lah nak tunggu full release nya.

Game ni boleh download dekat sini

*Nanti bila chapter lain dah release mungkin dia akan sediakan link lain untuk download. Tak pon dia sediakan save file yang dah end dekat chapter 3 so korang boleh download save file tu and paste kat game file korang. Bila start tak perlulah ulang dari mula balik boleh terus sambung dari save file tu je. 

Ok dah download? Jom main!


Ni main menu dia. Ok teruskan tekan 'Begin' xD

And of course untuk yang first time main, pilih 'Play introduction' tu~


Let the prologue begin~ korang akan start dengan first main character dia iaitu Mika.

Lepas je habis introduction tu, benda pertama korang kena buat, pergi dekat buku yang terapung tu. Interact and itulah save point korang or what it's called as the 'Journal'. Journal ni ada banyak sepanjang korang main game ni so jangan risau. Asal nampak je save lah takut apa-apa berlaku ke.


Dah save, check rak dekat sebelah Journal tu and korang akan dapat Pillow.


Pergi dekat katil Mika and letak Pillow tu. Tekan 'Yes'


Interact dekat kaca-kaca pecah atas lantai tu dua kali untuk dapat Glass Shard


Interact dekat pintu besi tu, tekan Yes and pintu tu akan terbuka. Lepas tu korang keluar dari bilik tu and kat sini korang masuk kanan ke bilik kecil tu. Jangan jalan straight ke koridor kalau tak korang mati. Mati which means game over lol. Ok, dalam bilik kecil kat belah kanan tu kan, ambik ada satu pisau dekat dengan pintu masuk tu and korang akan dapat Dull Dagger.


Tak ada apa-apa dah kat bilik tu, keluar balik and nampak buku macam warna merah atas meja tu kan? Buku ni dia panggil Holy Scripture. Sepanjang korang main game ni memang akan ada banyak lah korang jumpa Holy Scripture ni. Dia memang berkait dengan story game ni. So, setiap kali korang jumpa, baca lah ye buku tu.


Ok bila dah dapat Dull Dagger dengan dah baca Holy Scripture, masuk balik ke bilik Mika and tutup balik pintu cell tu.


Pilih Yes. Dah tutup, korang jalan je sekitar kawasan bawah katil tu sampai Mika perasan ada crack kat lantai. Bila dia tanya "Escape from crack in ground?" pilih Yes. Soalan kedua pon pilih Yes. Then akan jadi lubang kat kawasan tu. Lompat dalam lubang tu.


Bila dah dekat tingkat bawah, baca Holy Scripture kat atas meja tu. Also, jangan lupa SAVE!


Keluar dari bilik tu ke koridor. Dekat sini, korang nampak satu kerusi kecik kat belah kiri, then korang nampak kabinet kan? atas kabinet tu ada macam kotak coklat. Tolak kerusi tu sampai lah ke kabinet untuk ambik kotak atas dia tu.


Kotak ni perlukan password 2 digit. Jawapan dia: ada dalam Holy Scripture kedua yang korang baca tadi. Jawapan dia ialah chapter dan verse kepada Holy Scripture yang kedua tu, chapter 3.1. So jawapan dia 31. Dah bukak kotak tu korang akan dapat Rusty Key.


Jalan straight ke kanan sampai korang nampak pintu besar tu. Rusty Key tu guna untuk bukak pintu tu lah. Bila korang interact dengan pintu tu akan keluar tiga pilihan, nak examine boleh nak look through keyhole pon boleh. Yang wajibnya pilih Use Rusty Key tu untuk bukak.


Dalam bilik seterusnya, baca kertas yang ada dekat tengah bilik tu. Lepas tu interact dengan pintu depan.



Then pergi dekat dulang belah kanan tu, pilih Place Item then letak Glass Shards dengan Dagger Hilt.
Dah letak, gerak ke kiri bilik pulak and pergi ke hujung meja tu ada nampak macam botol eksperimen kan. Pilih Take Them and bila dia suruh pilih salah satu liquid tu, pilih Yellow punya liquid.


Dah dapat Yellow Liquid tu, bergerak semula ke dulang tadi, interact dengan benda sebelah kiri dulang tu untuk panaskan Yellow Liquid yang dapat tadi jadi Glue.


Oh ye, bacalah benda yang patut yang lain lain ada dalam bilik tu, apa apa buku/kertas korang nampak, baca je walaupon saya tak mention suruh baca. Ada masa buku buku ni akan bagi clue. Contoh macam ada satu buku yang terbukak atas meja sama dengan botol liquid tu tadi, buku tu dia bagi clue untuk setiap warna liquid tu dia buat apa. So macam mana tau kena pilih Yellow Liquid tu dapat dari situ lah.

Ok dah dapat Glue, pergi semula ke dulang tu and letak Glue tu untuk camtum semua benda yang diletak tadi jadi pisau. Lepas habis cutscene tu, interact semula dekat pintu berkunci tadi, bila dapat tau yang tak boleh bukak jugak, korang cuba keluar dari bilik tu guna pintu masuk tadi, Tak boleh kan? Ok lepastu baca balik kertas atas lantai tu then satu scene akan berlaku. Dah habis scene tu, pintu berkunci tadi dah terbukak so keluar ikut situ. Area tangga tu, jalan straight je sampai ke bawah. Korang akan sampai ke tingkat pertama punya main hall. Jalan straight ke bawah and belok kiri sampai lah satu scene muncul.


Ok waktu ni ada quick time event sikit, lepas je habis scene ni, korang kena cepat cepat lari straight ke kiri sampai korang masuk ke bilik seterusnya. Like seriously kena cepat ada masa 3 saat je. Ok dah dalam bilik baru ni, continue jalan straight ke kiri sampai satu lagi scene muncul. Lepas ni ada satu lagi quick time event, lepas je habis scene tu, korang cepat cepat patah balik sampai ke pintu korang masuk main hall tu, dari pintu tu, korang belok kiri and nampak ada banyak pintu situ kan? And ada salah satu pintu tu yang terbukak. Masuk ikut pintu yang terbukak tu


Dekat dalam bilik tu, check salah satu laci belah kiri atas bilik tu and korang akan jumpa cloak. Pakai cloak tu and jangan risau dah orang yang kejar tadi dah tak ada. SAVE!


Keluar balik dari bilik tu and pergi semula ke tempat mula mula korang kena kejar tadi. Tempat Rothwell mati kena tembak tu.


Dari situ, korang kena pergi ke pintu kayu besar tu [dalam bulatan merah], on the way ke pintu tu jaga jaga jangan bagi dekat sangat dengan mana mana orang jahat tu. Keluar ikut pintu tu and selebihnya scene sampai prologue ni habis. So, end of prologue! :D

Comments

Popular posts from this blog

Mad Father Walkthrough | Part 3 | B2F

Mad Father Walkthrough | Part 2 | B1F

Mad Father Walkthrough | Part 4 | B3F | The End